Monday, March 4, 2019
PELANCARAN BULAN STEM
Dewan Iltizam, SMKSR - Pelancaran Bulan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) dilancarkan pagi ini. Bacaan doa pembuka majlis disampaikan oleh adik Mohamad Aiman dari Tingkatan 5 Sains Ibnu Sina. Penerangan mengenai STEM disampaikan oleh Hjh. Zuraidah binti Hussin selaku Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) sepanjang bulan Mac ini. Tuan Hj. Azhari bin Jaafar menyampaikan ucapan beliau berkisar tentang STEM. Ucapan perasmian disempurnakan oleh En. Mohd Al-Fouzii bin Nasir, Pegawai Mentor TIMSS dan PISA, Jabatan Pelajaran Melaka.
Monday, February 11, 2019
PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2019
Dewan Iltizam - Pelancaran Program Guru Penyayang 2019 peringkat sekolah telah diadakan pada pagi ini. En. Hussen bin Mainih selaku guru bertugas sebelum Cuti Tahun Baru Cina menyampaikan laporan penuh minggu tersebut. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengambil alih perhimpunan untuk meneruskan Program Guru Penyayang. Majlis mempersilakan Tuan Hj. Azmi bin Yusof untuk bacaan doa program. Seterusnya, En. Abdul Karim bin Shaari membacakan perutusan Pengarah JPN Melaka dan merasmikan program Guru Penyayang.
Wednesday, January 9, 2019
MESYUARAT AGONG KELAB DAN PERSATUAN 2019
Mesyuarat Agong Kelab dan Persatuan SMK Sungai Rambai diadakan pada hari ini untuk melantik jawatankuasa baharu untuk sesi akademik 2019.
MESYUARAT AGONG RUMAH SUKAN 2019
Mesyuarat Agong rumah sukan Laksamana, Temenggung, Bendahara dan Syahbandar telah diadakan semalam. Mesyuarat diadakan jam 2 petang dan berakhir jam 4.30 petang bertujuan untuk melantik Ahli Jawatankuasa rumah sukan masing-masing.
Wednesday, January 2, 2019
SELAMAT DATANG MURID-MURID TINGKATAN 1 2019
Warga SMKSR mengucapkan ahlan wasahlan wamarhaban kepada murid-murid Tingkatan 1 yang memulakan persekolahan hari ini. Minggu Orientasi akan berlangsung selama tiga hari bermula 2 Januari dan berakhir pada 4 Januari 2019.
Minggu Orientasi ini diurus selia oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSR iaitu Puan Rodziah binti Ismail dan Puan Norfaizzan binti Madam.
Minggu Orientasi ini diurus selia oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSR iaitu Puan Rodziah binti Ismail dan Puan Norfaizzan binti Madam.
Wednesday, December 26, 2018
MESYUARAT GURU BIL. 1/2019
Makmal Komputer A - Mesyuarat Guru Bil. 1/2019 diadakan pada hari ini bagi merancang dan menyusun atur sekolah untuk tahun 2019. Bermula jam 8.30 pagi yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Azhari bin Jaafar selaku Pengetua SMKSR. Beliau mengucapkan selamat kembali kepada guru-guru selepas bercuti panjang. Selain itu, beliau menyampaikan amanat PPD Jasin dan hala tuju sekolah untuk 2019. Pengetua juga memaklumkan perubahan nama kelas, naik taraf bangunan. En. Abdul Karim bin Shaari menyambung mesyuarat jam 11 pagi dalam skop kurikulum dan pentadbiran. Seterusnya, Puan Hjh. Siti Saidah binti Sarwadi menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua guru atas sumbangan kepada unit HEM sepanjang 2018. Puan Norhayati binti Abdul Samad menyampaikan ucapan ringkasan beliau tentang masa pelaksanaan Kokurikulum 2019 iaitu hari Selasa dan Rabu bermula jam 2 petang hingga jam 5 petang. Mesyuarat HEM dan Kokurikulum akan berlangsung pada 27 Disember 2018.
Monday, April 30, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)