Wednesday, December 26, 2018

MESYUARAT GURU BIL. 1/2019

Makmal Komputer A - Mesyuarat Guru Bil. 1/2019 diadakan pada hari ini bagi merancang dan menyusun atur sekolah untuk tahun 2019. Bermula jam 8.30 pagi yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Azhari bin Jaafar selaku Pengetua SMKSR. Beliau mengucapkan selamat kembali kepada guru-guru selepas bercuti panjang. Selain itu, beliau menyampaikan amanat PPD Jasin dan hala tuju sekolah untuk 2019. Pengetua juga memaklumkan perubahan nama kelas, naik taraf bangunan. En. Abdul Karim bin Shaari menyambung mesyuarat jam 11 pagi dalam skop kurikulum dan pentadbiran. Seterusnya, Puan Hjh. Siti Saidah binti Sarwadi menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua guru atas sumbangan kepada unit HEM sepanjang 2018. Puan Norhayati binti Abdul Samad menyampaikan ucapan ringkasan beliau tentang masa pelaksanaan Kokurikulum 2019 iaitu hari Selasa dan Rabu bermula jam 2 petang hingga jam 5 petang. Mesyuarat HEM dan Kokurikulum akan berlangsung pada 27 Disember 2018.