Program yang mendedahkan pelajar dengan pembinaan perisian permainan komputer ini telah disertai oleh 16 buah sekolah dari serata Malaysia. Antara sekolah yang terlibat ialah MRSM Kota Kinabalu, MRSM Muazam Shah, Kolej Melayu Kuala Kangsar, SMK Muzzafar Shah Melaka dan banyak lagi. Penyertaan awal dari seluruh Malaysia adalah sebanyak 96 buah sekolah dan SMKSR bertuah menjadi antara sekolah yang terpilih ke peringkat akhir yang diadakan pada 18 dan 19 November 2017.
Syukur Alhamdulillah berkat rahmat dari Allah s.w.t serta usaha kumpulan Exotic (fx) dari SMKSR yang dianggotai oleh Siti Hawa Bukhari (4 Sn) dan Nur Sarah Natasha Khalid (4 Eko) telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 2,000.00.
SMKSR meraikan kejayaan pelajar |