Sumber foto: Cikgu Yen
Sabtu, 30 Dis 2017 - Hari Pendataran Pelajar Tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Iltizam SMKSR bermula jam 8.30 pagi hari ini. Tuan Pengetua, GPK Pentadbiran serta GPK Hal Ehwal Murid bersama-sama meraikan kehadiran warga baharu SMKSR. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh al-fadhil Ustaz Haji Azmi bin Yusuf dan diikuti oleh ucapan Pengetua, GPK Pentadbiran dan Bahagian Hal Ehwal Murid. Pendaftaran Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 juga berlangsung di kelas masing-masing.
Saturday, December 30, 2017
Thursday, December 28, 2017
MESYUARAT PANITIA SMKSR BIL. 1/2018
Khamis, 28 Disember - Mesyuarat Panitia semua mata pelajaran diadakan pagi ini merancang program untuk sepanjang sesi pembelajaran 2018 yang bakal tiba.
Wednesday, December 27, 2017
MESYUARAT GURU 1/2018 HEM DAN KOKURIKULUM
Rabu, 27 Disember - Mesyuarat Guru diteruskan untuk hari kedua yang dipengerusikan oleh Pengetua SMKSR. Beliau menerangkan dasar-dasar dan pekeliling KPM berkaitan dengan Pengurusan HEM. Taklimat pengurusan kelas dan bilik darjah dan kebajikan murid pula disampaikan oleh Puan Hjh. Siti Saidah binti Sarwadi, GPK HEM.
Mesyuarat guru diteruskan lagi dengan pembentangan Kokurikulum oleh Pn. Norhayati binti Abdul Samad selaku GPK Kokurikulum. Beliau menerangkan perancangan kokurikulum sepanjang 2018 serta mengucapkan apresiasi untuk 2017.
Baju keluar kelas 2018 |
Tuesday, December 26, 2017
MESYUARAT GURU KALI 1/2018
26 Disember 2017, Selasa - Mesyuarat Guru Kali 1 tahun 2018 diadakan di Makmal Komputer A, SMKSR pagi ini. Dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Karim bin Mohd Yazam selaku Pengetua SMKSR. Turut hadir En. Abdul Karim bin Shaari (GPK Pentadbiran), Pn. Hjh. Siti Saidah binti Sarwadi (GPK HEM), Pn. Norhatai binti Abdul Samad (GKP Kokurikulum) dan Pn. Hjh. Halizah binti Abdullah (GPK Pendidikan Khas).
Pengetua memulakan mesyuarat dengan amanat Tuan Pengarah JPNM dan diikuti Ikrar Penjawat Awam yang diketuai oleh GPK Pentadbiran.
Pengetua memulakan mesyuarat dengan amanat Tuan Pengarah JPNM dan diikuti Ikrar Penjawat Awam yang diketuai oleh GPK Pentadbiran.
Subscribe to:
Posts (Atom)