Wednesday, December 27, 2017

MESYUARAT GURU 1/2018 HEM DAN KOKURIKULUM

Rabu, 27 Disember - Mesyuarat Guru diteruskan untuk hari kedua yang dipengerusikan oleh Pengetua SMKSR. Beliau menerangkan dasar-dasar dan pekeliling KPM berkaitan dengan Pengurusan HEM. Taklimat pengurusan kelas dan bilik darjah dan kebajikan murid pula disampaikan oleh Puan Hjh. Siti Saidah binti Sarwadi, GPK HEM.
Baju keluar kelas 2018
Mesyuarat guru diteruskan lagi dengan pembentangan Kokurikulum oleh Pn. Norhayati binti Abdul Samad selaku GPK Kokurikulum. Beliau menerangkan perancangan kokurikulum sepanjang 2018 serta mengucapkan apresiasi untuk 2017.