Makmal Komputer A - Mesyuarat Guru Bil. 1/2019 diadakan pada hari ini bagi merancang dan menyusun atur sekolah untuk tahun 2019. Bermula jam 8.30 pagi yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Azhari bin Jaafar selaku Pengetua SMKSR. Beliau mengucapkan selamat kembali kepada guru-guru selepas bercuti panjang. Selain itu, beliau menyampaikan amanat PPD Jasin dan hala tuju sekolah untuk 2019. Pengetua juga memaklumkan perubahan nama kelas, naik taraf bangunan. En. Abdul Karim bin Shaari menyambung mesyuarat jam 11 pagi dalam skop kurikulum dan pentadbiran. Seterusnya, Puan Hjh. Siti Saidah binti Sarwadi menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua guru atas sumbangan kepada unit HEM sepanjang 2018. Puan Norhayati binti Abdul Samad menyampaikan ucapan ringkasan beliau tentang masa pelaksanaan Kokurikulum 2019 iaitu hari Selasa dan Rabu bermula jam 2 petang hingga jam 5 petang. Mesyuarat HEM dan Kokurikulum akan berlangsung pada 27 Disember 2018.
Wednesday, December 26, 2018
Monday, April 30, 2018
Wednesday, April 4, 2018
KEJOHAHAN CATUR MSSM PERINGKAT NEGERI MELAKA 2018
2 April, Dewan Iltizam - Kejohanan Catur Peringkat Negeri Melaka untuk MSSM berlangsung di SMK Sungai Rambai, Melaka dari 2 April hingga 5 April 2018. Ia menghimpunkan pemain catur terbaik dari seluruh negeri untuk mewakili sekolah masing-masing dan dibahagikan kepada 6 kategori: L12, P12, L15, P15, L18 dan P18.
Kategori Sekolah Rendah telah diadakan pada 2 dan 3 April dan Kategori Menengah mengisi slot 4 dan 5 April.
Kategori Sekolah Rendah telah diadakan pada 2 dan 3 April dan Kategori Menengah mengisi slot 4 dan 5 April.
Tuesday, March 6, 2018
UJIANTARA RUMAH SUKAN 2018
6 Mac - Ujiantara Rumah Sukan 2018 berlangsung pada pagi ini. Rumah Temenggung, Bendahara, Laksamana dan Syahbandar masing-masing menuju ke venue acara yang telah ditetapkan. Ianya berlangsung selama 2 hari iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Turut beradang di padang, Tuan Hj. Azhari bin Jaafar, En. Abdul Karim bin Shaari serta Pn. Hjh. Siti Saidah binti Sarwadi.
Hari Pertama |
Hari Kedua |
PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP KUMPULAN KE 24
Sumber berita: En. Muhammad Haris
Pada 2-4 Mac 2018, telah diadakan Perkhemahan Lencana Pengakap Kumpulan ke-24 SMK Sg Rambai 2018 yang bertempat di SMK Sg Rambai. Seramai 32 orang ahli pengakap sekolah telah menyertainya. Perkhemhan ini merupakan anjuran Pengakap Sekolah dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau. Perkhemhan ini turut dilawati oleh Tuan Hj. Ismail bin Bahari yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Melaka. Majlis penutupan perkhemahan telah disempurnakan oleh Pn. Norizan binti Ishak Basri selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Merlimau. Pengetua sekolah, Tuan Hj. Azhari Jaafar, GPK Kokurikulum, Pn. Norhayati Abd Samad dan Pn. Hjh. Salsabila Tang Abdullah, Penyelaras Unit Beruniform turut sama hadir dalam majlis penutupan tersebut.

Friday, March 2, 2018
MESYUARAT AGUNG PIBG DAN CERAMAH MOTIVASI
1 Mac, Dewan Iltizam - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 berlangsung meriah semalam. Kehadiran ibu bapa yang ramai dan murid calon PT3 dan SPM 2018 begitu menghangatkan Dewan Iltizam. Majlis bermula jam 2 petang dengan ceramah motivasi teknik belajar digabungkan dengan ceramah keibubapaan.
Tepat 3.30 petang, ketibaan YB Datuk Hassan bin Rahman diiringi paluan kompang daripada Kelab Kompang SMKSR. Majlis diserikan dengan bacaan doa daripada Al-Fadil Ustaz Wan Azman bin Wan Mahamud. Duo pengacara malis, Puan Najihah dan Cik Nur Adlinna menghidupkan majlis yang dihujani hujan di bumi SMKSR. Ucapan YDP PIBG, Pengetua dan ucapan perasmian mengikuti selepas bacaan doa. Persembahan koir pelajar Tingkatan dengan dua buah lagu '1,2,3,4' dan 'Surat Cinta untuk Scarla' menyentuh hadirin dan hadirat.

Thursday, March 1, 2018
MTQSS KAWASAN MERLIMAU 2018
Hafazan Al-Quran |
Syarahan Spontan |
Tilawah Al-Quran |
Subscribe to:
Posts (Atom)