1 Mac, Dewan Iltizam - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 berlangsung meriah semalam. Kehadiran ibu bapa yang ramai dan murid calon PT3 dan SPM 2018 begitu menghangatkan Dewan Iltizam. Majlis bermula jam 2 petang dengan ceramah motivasi teknik belajar digabungkan dengan ceramah keibubapaan.
Tepat 3.30 petang, ketibaan YB Datuk Hassan bin Rahman diiringi paluan kompang daripada Kelab Kompang SMKSR. Majlis diserikan dengan bacaan doa daripada Al-Fadil Ustaz Wan Azman bin Wan Mahamud. Duo pengacara malis, Puan Najihah dan Cik Nur Adlinna menghidupkan majlis yang dihujani hujan di bumi SMKSR. Ucapan YDP PIBG, Pengetua dan ucapan perasmian mengikuti selepas bacaan doa. Persembahan koir pelajar Tingkatan dengan dua buah lagu '1,2,3,4' dan 'Surat Cinta untuk Scarla' menyentuh hadirin dan hadirat.