Tuesday, February 27, 2018

KEMBARA PENGAKAP SELATAN KE KEDAH DARUL AMAN

KEMBARA PENGAKAP SELATAN & HARI PENGASAS PENGAKAP PPM NEGERI KEDAH 2018

Sumber Berita: Muhammad Haris bin Sawaludin

Kembara Pengakap Selatan yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengkap Malaysia (PPM) Negeri Melaka kerjasama dengan 3 buah negeri iaitu PPM Negeri Kedah, Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang berkampung di SMK Khir Johari, Sg. Petani, Kedah pada hari Khamis, 22-24 Februari 2018. Kembara menaiki ETS bermula dari Stesen KTM Pulau Sebang sehingga ke Stesen KTM Sg. Petani dan kemudian disambung dengan kembara jalan kaki ke SMK Khir Johari dengan iringan Polis Trafik tempatan.

Empat orang ahli Pengakap SMK Sungai Rambai iaitu Muhammad Waie Dhamiri Ab Wahab, Muhammad Aiman Ismail, Muhammad Rauf Ramli (Pen. Khas) dan Muhammad Arief Zamani bin Roslee (Pen Khas) telah menyertai program tersebut bersama dua guru pengiring iaitu Pn. Hjh. Halizah binti Abdullah (GPK Pen. Khas) dan Pn. Noor Adilah binti Othman. En. Muhammad Haris bin Sawalludin pula telah dilantik oleh Jawatankuasa Kembara Pengakap Selatan sebagai ketua kontingen PPM Negeri Melaka.

Seramai kira-kira 250 orang peserta dan pemimpin Pengakap dari negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan terlibat dalam program ini. Peserta juga terlibat dengan Hari Pengasas Pengakap yang dianjurkan oleh PPM Negeri Kedah pada 24 Februari yang telah menerima penyertaan kira-kira 3500 orang peserta. Pelbagai aktiviti kepengakapan telah dijalankan sepanjang program tersebut.

#PengakapMelaka
#PengakapMerlimau
#PengakapSMKSR





Friday, February 23, 2018

PANDU PUTERI SMKSR MENCETAK SEJARAH DI SMKDB

Sumber info: Pn. Rohana Sulaiman

Sempena Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Malaysia Peringkat Daerah Jasin pada 23/2/18 di SMK Datuk Bendahara, seramai 8 ahli Pandu Puteri SMKSR telah menyertai Acara sambutan dan pertandingan.2 orang pelajar telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut.
1. Nur Hidayah Abdullah (5 Perniagaan) dalam kategori mencipta Big Card
2. Nurul Nadia Natasha Abdul Kadir (2 Anggerik) dalam kategori mencipta logo
Hadiah telah disampaikan oleh Datin Chong Chin Wei (Isteri ADUN Bemban).

Thursday, February 22, 2018

KURSUS PENGENDALIAN SWISS MANAGER

21 FEB, Makmal Komputer A - seramai 21 orang guru serata Melaka telah menghadiri Kursus Pengendalian Swiss Manager yang dianjurkan oleh Unit Sukan JPNM dengan kerjasama Kelab Catur SMK Sungai Rambai, Melaka. Kursus ini bertujuan untuk memberikan kemahiran dan pengetahuan kepada guru-guru catur di negeri Melaka tentang selok-belok mengendalikan program Swiss Manager dalam kejohanan catur MSS Melaka yang bakal diadakan pada bulan April 2018. Encik Azrul bin Zabidi, mantan PTPS Catur Melaka telah berjaya mengendalikan kursus tersebut dengan cemerlang. Diharapkan program ini dapat memberi impak dalam pembangunan sukan catur di negeri Melaka.


SMKSR BERGEGAU

Pada 21 Februari 2018 Kelab 1Malaysia bersama kerjasama Jabatan Penerangan Jasin menganjurkan program “GEGAU 1 MALAYSIA”. Program ini turut disertai Kelab Komputer dan Persatuan Bahasa Cina. Program ini memberi pendedahan dan objektif tentang kelab 1 Malaysia oleh Pegawai Penerangan Jasin, Puan Salina. Majlis penutup program ini dihadiri oleh Tuan pengetua dan GPK Kokurikulum. Antara aktiviti yang diadakan Kuiz teka lagu dan nyanyian lagu patriotik.







Wednesday, February 14, 2018

MERENTAS DESA 2018















MAJLIS PERLANTIKAN BERLANGSUNG MERIAH

12 Februari, Dewan Iltizam - Majlis Perlantikan Pengawas, Ketua dan Penolong Tingkatan untuk sesi 2018 telah diadakan secara rasmi pada hari Isnin yang lalu. Kehadiran Ketua Balai Polis Sungai Rambai, SM Kamarizman bin Khanafee memeriahkan majlis ini.

Majlis dibuka dengan Lagu Patriotik dan diikuti dengan bacaan doa agar majlis mendapat rahmat dan inayah daripada Allah. Tuan Pengetua menyampaikan ucaptamanya sebelum SM Kamarizman menyampaikan ucapan perasmian perlantikan kepada Badan Pengawas, PRS, Pengawas Kesihatan, Pengawas SPBT, Pengawas PSS, Pengawas Koperasi, Ketua dan Penolong Tingkatan serta AJK Tertinggi Asrama Desa SMKSR.