KEMBARA PENGAKAP SELATAN & HARI PENGASAS PENGAKAP PPM NEGERI KEDAH 2018
Sumber Berita: Muhammad Haris bin Sawaludin
Kembara Pengakap Selatan yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengkap Malaysia (PPM) Negeri Melaka kerjasama dengan 3 buah negeri iaitu PPM Negeri Kedah, Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang berkampung di SMK Khir Johari, Sg. Petani, Kedah pada hari Khamis, 22-24 Februari 2018. Kembara menaiki ETS bermula dari Stesen KTM Pulau Sebang sehingga ke Stesen KTM Sg. Petani dan kemudian disambung dengan kembara jalan kaki ke SMK Khir Johari dengan iringan Polis Trafik tempatan.
Empat orang ahli Pengakap SMK Sungai Rambai iaitu Muhammad Waie Dhamiri Ab Wahab, Muhammad Aiman Ismail, Muhammad Rauf Ramli (Pen. Khas) dan Muhammad Arief Zamani bin Roslee (Pen Khas) telah menyertai program tersebut bersama dua guru pengiring iaitu Pn. Hjh. Halizah binti Abdullah (GPK Pen. Khas) dan Pn. Noor Adilah binti Othman. En. Muhammad Haris bin Sawalludin pula telah dilantik oleh Jawatankuasa Kembara Pengakap Selatan sebagai ketua kontingen PPM Negeri Melaka.
Seramai kira-kira 250 orang peserta dan pemimpin Pengakap dari negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan terlibat dalam program ini. Peserta juga terlibat dengan Hari Pengasas Pengakap yang dianjurkan oleh PPM Negeri Kedah pada 24 Februari yang telah menerima penyertaan kira-kira 3500 orang peserta. Pelbagai aktiviti kepengakapan telah dijalankan sepanjang program tersebut.
#PengakapMelaka
#PengakapMerlimau
#PengakapSMKSR