Tuesday, March 6, 2018

UJIANTARA RUMAH SUKAN 2018

6 Mac - Ujiantara Rumah Sukan 2018 berlangsung pada pagi ini. Rumah Temenggung, Bendahara, Laksamana dan Syahbandar masing-masing menuju ke venue acara yang telah ditetapkan. Ianya berlangsung selama 2 hari iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Turut beradang di padang, Tuan Hj. Azhari bin Jaafar, En. Abdul Karim bin Shaari serta Pn. Hjh. Siti Saidah binti Sarwadi.

Hari Pertama

Hari Kedua

PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP KUMPULAN KE 24

Sumber berita: En. Muhammad Haris

Pada 2-4 Mac 2018, telah diadakan Perkhemahan Lencana Pengakap Kumpulan ke-24 SMK Sg Rambai 2018 yang bertempat di SMK Sg Rambai. Seramai 32 orang ahli pengakap sekolah telah menyertainya. Perkhemhan ini merupakan anjuran Pengakap Sekolah dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau. Perkhemhan ini turut dilawati oleh Tuan Hj. Ismail bin Bahari yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Melaka. Majlis penutupan perkhemahan telah disempurnakan oleh Pn. Norizan binti Ishak Basri selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Merlimau. Pengetua sekolah, Tuan Hj. Azhari Jaafar, GPK Kokurikulum, Pn. Norhayati Abd Samad dan Pn. Hjh. Salsabila Tang Abdullah, Penyelaras Unit Beruniform turut sama hadir dalam majlis penutupan tersebut.









Friday, March 2, 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN CERAMAH MOTIVASI

1 Mac, Dewan Iltizam - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 berlangsung meriah semalam. Kehadiran ibu bapa yang ramai dan murid calon PT3 dan SPM 2018 begitu menghangatkan Dewan Iltizam. Majlis bermula jam 2 petang dengan ceramah motivasi teknik belajar digabungkan dengan ceramah keibubapaan.

Tepat 3.30 petang, ketibaan YB Datuk Hassan bin Rahman diiringi paluan kompang daripada Kelab Kompang SMKSR. Majlis diserikan dengan bacaan doa daripada Al-Fadil Ustaz Wan Azman bin Wan Mahamud. Duo pengacara malis, Puan Najihah dan Cik Nur Adlinna menghidupkan majlis yang dihujani hujan di bumi SMKSR. Ucapan YDP PIBG, Pengetua dan ucapan perasmian mengikuti selepas bacaan doa. Persembahan koir pelajar Tingkatan dengan dua buah lagu '1,2,3,4' dan 'Surat Cinta untuk Scarla' menyentuh hadirin dan hadirat.





Thursday, March 1, 2018

MTQSS KAWASAN MERLIMAU 2018



28 Februari - Majlis Tadarus Quran peringkat kawasan Merlimau telah diadakan semalam meliputi Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Syarahan Spontan. Perasmian penutup dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Melaka, Tuan Haji Ahmad Hamizi bin Abu Hassan. Turut hadir, Ustaz Abdullah Suhaimi (PPD Jasin) dan Ustaz Anuar Suboh (SPIM). Tilawah Al-Quran diadakan di Dewan Iltizam, Hafazan di Surau Al-Ehsan dan Syarahan Spontan di Makmal Komputer B.

Hafazan Al-Quran

Syarahan Spontan

Tilawah Al-Quran