Tuesday, October 31, 2017

KOLEJ KOMUNITI JASIN RAIKAN CALON PT3

Kolej Komuniti Jasin, 30 Oktober 2017. Seramai 60 orang pelajar tingkatan 3 beserta Puan Rodziah Binti Ismail dan Puan Norfaizzan Binti Madam telah menghadiri kursus jangka pendek berkaitan Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Jasin. Kursus yang dijalankan ini merupakan salah satu pengisian Program Selepas PT3 2017 yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling beserta Panitia Mata Pelajaran.
      Antara pengisian kursus yang diikuti oleh para pelajar ialah Adobe Photoshop, Adobe Flash dan Microsoft Office.
      Semoga kursus ini memberi manafaat yang berguna kepada para peserta.




MERENTAS DESA PERINGKAT MSSM NEGERI MELAKA


Tiga orang pelajar SMK Sg Rambai telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa MSS Melaka. Kejohanan bertaraf negeri ini diadakan di Kolej Vokasional Jasin,  Melaka. Mereka telah diiringi oleh Cikgu Zamrie bin Abdul Rahman.

Monday, October 30, 2017

SEMINAR PEMBUDAYAAN INOVASI DI KALANGAN PELAJAR



Dewan Iltizam SMK Sg Rambai, 30 Oktober 2017. Satu Seminar Pembudayaan Inovasi Dalam Kalangan Pelajar anjuran Unit Pengkormesilan Produk Inovasi dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah diadakan di Dewan Iltizam, SMK Sungai Rambai. Seramai 130 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 serta guru telah mengikuti seminar ini.
     Seminar telah disampaikan oleh En. Gangkathran a/l Chinniah bermatlamat memberi pendedahan kepada pelajar peri pentingnya budaya inovasi pada masa kini.
     Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dr Azam bin Ahmad dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Bin Abdul Rahman, Exco Pertanian dan Keusahawanan merangkap ADUN Sungai Rambai.




PROJEK FITERGASI KHB

Tepian Kantin, SMK Sg Rambai - Panita Kemahiran Hidup sedang giat menyiapkan batas-batas untuk projek fitergasi yang bakal dilaksanakan. Kelihatan Cikgu Shaari dan Cikgu Faiz sedang sibuk mengembur tanah untuk pesediaan batas tersebut. Mereka turut dibantu 2 orang pelajar kelas 3 Mawar.





Sunday, October 29, 2017

KADET POLIS SMKSR

Galeri gambar Perkhemahan Kadet Polis di Tasek Bera Pahang pada 23-26 Oktober 2017.







Friday, October 27, 2017

MAJLIS GRADUASI KALI KE 2

Dewan Iltizam, SMKSR - Majlis Graduasi Kali Ke 2 telah diadakan pada hari ini untuk untuk calon SPM 2017. Tuan Haji Azmi bin Yusuf memulakan majlis dengan bacaan doa. Seterusnya, ucapan aluan daripada Tuan Pengetua, Tuan Hj. Abdul Karim bin Mohd Yazam. Ucapan perasmian Majlis Graduasi pula disampaikan oleh YDP PIBG SMKSR, Tuan Hj. Hussin bin Mohamad.





Thursday, October 26, 2017

CERAMAH PEMBENTUKAN PERIBADI DAN SAHSIAH TERPUJI

Sumber: Puan Rodziah


Dewan Besar Iltizam, SMKSR - Ceramah Pembentukan Peribadi dan Sahsiah Terpuji telah diadakan pada hari ini hasil inisiatif UBK SMKSR untuk pelajar Tingkatan 3. Agensi yang bertanggungjawab untuk menyampaikan input ialah Jabatan Penjara Muar, Johor dan ceramah disampaikan oleh Tuan Azmi bin Yashim (Penolong Pegawai Penguasa JP Muar. Beliau menunjukkan demonstrasi kes kecurian yang meningkat saban hari.




AKTVITI SELEPAS PT3 - KHB











Wednesday, October 25, 2017

PENGAKAP HARUMKAN NAMA SMKSR

Sumber berita: Norsahiat Rusli

SMK Seri Mahkota, Umbai, Melaka - Seramai 23 ahli pengakap berserta 2 guru pengiring iaitu En Muhammad Haris Bin Sawalludin dan En Norsahiat Bin Rusli telah mengikuti Perkhemahan Jambori Diudara Kali Ke-60 dan Jambori Diinternet Kali Ke-21 (JOTA-JOTI) Dunia pada 20-22 Oktober 2017.
     Perkhemahan yang bertaraf kebangsaan ini diadakan serentak di seluruh Malaysia dan dunia bermatlamat untuk menggalakkan perhubungan dan komunikasi di kalangan anggota pengakap.
     Terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini antaranya Ceramah Radio Amatur, JOTI Contact, Bengkel Penggunaan HF-VHF Radio Contact, Morse Code dan sebagainya.
     Pengakap SMK Sungai Rambai berbangga dengan kejayaan menggondol johan dalam Pertandingan Mini Fox Hunting yang turut dianjurkan dalam perkhemahan ini. Selain itu En Muhammad Haris Bin Sawalludin turut dilantik sebagai Station Manager JOTI yang merupakan salah satu jawatan kuasa penting dalam perkhemahan ini.
     Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Abu Bakar bin Sahari, Pengarah Pendidikan Melaka manakala penutupannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Zaidi Bin Atan, ADUN Kawasan Serkam, Melaka.



Tuesday, October 24, 2017

PROGRAM RESTU CALON SPM 2017

Dewan Iltizam, SMKSR - Program Restu Calon SPM 2017 yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMKSR telah diadakan pada pagi ini. Lafaz Akad Ilmu disampaikan oleh Puan Mahfuzah Md. Noh dan diikuti oleh Lafaz Terima Ilmu oleh wakil calon SPM 2017. Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Karim Mohd Yazam menyampaikan amanat beliau kepada semua calon. Calon SPM terdiri daripada pelajar kelas Sains, Ikhtisas, Ekonomi, Perdagangan, Tanaman Makanan (MPV) dan Pembinaan Domestik. Warga SMKSR mendoakan agar calon SPM 2017 diberikan kemudahan dan kejayaan daripada Allah.