Wednesday, October 25, 2017

PENGAKAP HARUMKAN NAMA SMKSR

Sumber berita: Norsahiat Rusli

SMK Seri Mahkota, Umbai, Melaka - Seramai 23 ahli pengakap berserta 2 guru pengiring iaitu En Muhammad Haris Bin Sawalludin dan En Norsahiat Bin Rusli telah mengikuti Perkhemahan Jambori Diudara Kali Ke-60 dan Jambori Diinternet Kali Ke-21 (JOTA-JOTI) Dunia pada 20-22 Oktober 2017.
     Perkhemahan yang bertaraf kebangsaan ini diadakan serentak di seluruh Malaysia dan dunia bermatlamat untuk menggalakkan perhubungan dan komunikasi di kalangan anggota pengakap.
     Terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini antaranya Ceramah Radio Amatur, JOTI Contact, Bengkel Penggunaan HF-VHF Radio Contact, Morse Code dan sebagainya.
     Pengakap SMK Sungai Rambai berbangga dengan kejayaan menggondol johan dalam Pertandingan Mini Fox Hunting yang turut dianjurkan dalam perkhemahan ini. Selain itu En Muhammad Haris Bin Sawalludin turut dilantik sebagai Station Manager JOTI yang merupakan salah satu jawatan kuasa penting dalam perkhemahan ini.
     Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Abu Bakar bin Sahari, Pengarah Pendidikan Melaka manakala penutupannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Zaidi Bin Atan, ADUN Kawasan Serkam, Melaka.