Monday, October 9, 2017

KEJOHANAN BOLASEPAK B16 MELAKA

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Muhammad Haikal Kissra Bin Hussin dan Muhammad Alif Saifuddin Bin Roslan kerana berjaya mewakili Merlimau dalam Kejohanan Bolasepak Bawah 16 tahun Peringkat Negeri Melaka Anjuran Persatuan Bolasepak Melaka dan Majlis Sukan Sekolah Melaka.
Mereka telah membantu pasukan Merlimau (SDARY) menjadi Naib Johan kejohanan tersebut. Pencapaian ini diperolehi selepas tunduk kepada SM Tinggi St David dengan keputusan penalti 3-5.

Mereka dibimbing oleh Jurulatih Cikgu Muhd Sadiq dan Cikgu Khairul Nasri serta dibawah Pengurus Cg Mohd Jukhairi.
Syabas sekali lagi.