Monday, January 29, 2018

PERASMIAN PROGRAM GURU PENYAYANG

29 Januari - Perasmian Program Guru Penyayang telah diadakan pada pagi hari ini. Majlis dimulakan dengan pembentangan laporan guru bertugas, En. Jasmi bin Manaf, Puan Halimaton binti Rasidek dan Cik Norharizan binti Abdullah.


Ustaz Hj. Azmi bin Yusof membacakan doa pembukaan majlis hari ini. Seterusnya ucapan Pengetua, Tuan Hj. Azhari bin Jaafar. Beliau mengulas ringkas konsep guru penyayang ialah menganggap murid sebagai anak sendiri. Guru penyayang dan murid menghormati guru.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Ustaz Hj. Razif bin Shahid, Ketua Unit Dakwah, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM). Beliau membacakan Perutusan Pengarah JPNM, Tuan Hj. Abu Bakar bin Sahari.


Saturday, January 27, 2018

LADAP SUDAH KEMBALI

27 Januari 2018 - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kembali menghiasi takwim SMKSR untuk tahun 2018. Ia diadakan di Makmal Komputer A bermula jam 8.30 pagi. Slot 1 ceramah 'Digital Learning' oleh Puan Norliza binti Abu Bakar, PPD Jasin. Slot 2 pula disampaikan oleh Guru Cemerlang, Puan Aini Kartini Ahmad bersama Puan Norhayati Abdul Samad. Manakala Slot 3, ceramah kesihatan oleh D'Elegance. Semoga LADAP ini memberi input yang berguna kepada memartabatkan perkhidmatan kepada warga SMKSR amnya dan guru-guru secara khususnya.





Wednesday, January 24, 2018

SEJARAH TINGKATAN 5

24 Januari - Satu Program untuk subjek Sejarah Tingkatan 5 telah diadakan di Dewan Iltizam pagi ini. Program ini anjuran Panitia Sejarah di bawah pimpinan Puan Mahfuzah Mohd Noh. Penyampai program ini ialah Encik Chandra Khan yang menyampaikan ceramah tentang satu program khas yang akan dibuat di MMU untuk cemerlang sejarah. Selain itu, beliau juga mengajar kaedah mudah belajar sejarah.




PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR

23 Januari, Dewan Iltizam - Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMKSR telah mengadakan Program Kemahiran Belajar Fasa 1 di Dewan Iltizam semalam. Program bermula jam 9 pagi sehingga jam 10.40 pagi. Semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 disasarkan oleh UBK kerana terbabit untuk PT3 dan SPM 2018. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Puan Rodziah dan Puan Norfaizzan atas usaha murni ini.


Tuesday, January 16, 2018

MESYUARAT AGONG SUKAN PERMAINAN 2018

16 Januari - Mesyuarat Agong Sukan Permainan SMKSR diadakan pada petang ini seperti bola sepak, sepak takraw, badminton, ping-pong, bola baling, catur, olahraga dan petanque. Murid-murid mengambil tempat di setiap venue yang telah ditetapkan.









Monday, January 15, 2018

SKOR A PT3

15 Januari, Dewan Iltizam - Program Skor A PT3 diadakan bermula jam 8.40 pagi hingga jam 10.40 pagi yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSR. Penceramah program ini ialah Mr. Danish dari Skor A Morivational Group. Warga SMKSR mengucapkan tahniah buat kaunselor SMKSR.


UCAPAN SULUNG

15 Januari, Dewan Iltizam - Perhimpunan Rasmi hari ini dipengerusikan oleh Ustaz Wan Azman bin Wan Mahamud mewakili kumpulan guru bertugas minggu lepas. Ada nasihat dan teguran yang disampaikan oleh beliau. Majlis mempersilakan Tuan Pengetua, Tuan Haji Azhari bin Jaafar untuk menyampaikan ucapan sulungnya. Beliau mengucapkan tahniah atas kehadiran murid SMKSR minggu lepas iaitu dengan purata kehadiran 95.1% dan berharap ianya dapat ditingkatkan. Selain itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mencapai semua A dalam PT3. Perhimpunan diakhiri dengan lagu sekolah.

Saturday, January 13, 2018

PROGRAM ORIENTASI UNTAIAN KASIH BERSULAM CITA

13 Januari, Dewan Iltizam - Program Orientasi peringkat Asrama Desa SMK Sungai Rambai telah diadakan di sini pagi ini dalam keadaan cuaca hujan dan sejuk. Bertemakan slogan Untaian Kasih Bersulam Cita. GPK HEM - Puan Hjh. Siti Saidah binti Sarwadi, Ketua Warden Asrama Desa - Cik Harizan dan AJK Asrama Desa turut hadir bersama-sama. Semoga Asrama Desa SMKSR terus cemerlang. Tahniah dan syabas!