9 Januari - Mesyuarat Agong Rumah Sukan SMKSR diadakan pada petang hari ini bermula jam 2 petang. Rumah Sukan Laksamana di kantin, Rumah Sukan Bendahara dan Temenggung di Dewan Iltizam manakala Rumah Sukan Syahbandar di Dewan Serbaguna. Antara agenda utama mesyuarat ini adalah untuk melantik Ketua Rumah Sukan dan Ahli Jawatankuasa Murid untuk pertandingan merentas desa, kejohanan olahraga dan pertandingan sukan permainan.