Monday, January 8, 2018

MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA

Foto oleh: En. Yen

5 Januari, Dewan Iltizam - Majlis Perpisahan Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Karim bin Mohd Yazam telah diadakan pada pagi ini sebaik sahaja Bacaan Surah Yaasin dan doa yang diterajui oleh En. Syafiee bin Mohamad. Pengerusi Majlis, En. Jukhairi mengambil alih majlis dengan mengalukan kedatangan mantan Tuan Pengetua. Tuan Pengetua menyampaikan ucapan beliau dengan mengharapkan SMKSR terus maju pada masa akan datang. Majlis penyampaian hadiah daripada unit GKMP, Kelab Keluarga SMKSR, Badan Pengawas, Asrama Desa serta individu kepada beliau. Warga SMKSR mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Tuan Pengetua di SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka.