2 Januari, Dewan Iltizam - Sesi Akademik 2018 dibuka hari ini selepas cuti persekolahan selama 5 minggu. Murid-murid baharu serta lama memenuhi dewan yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Badan Pengawas SMKSR dan seterusnya lagu patriotik Negaraku dan Melaka Maju Jaya.
GPK HEM, Puan Hjh. Siti Saidah menyampaikan peraturan kepada semua murid dalam semua aspek secara powerpoint di layar putih.
GPK Pentadbiran, Encik Abdul Karim bin Shaari menutup perhimpunan pertama 2018 dengan mengucapkan tahniah kepada murid yang hadir hari ini. Beliau juga memaklumkan bahawa Tuan Pengetua, Tuan Hj. Abdul Karim bin Mohd Yazam telah berpindah ke SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka. Selain itu, beliau mahu semua murid bersama-sama guru ke arah mencapai band 4 untuk GPS sekolah.